Tuesday 18 November 2014

JAWATAN KOSONG (SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / N27)

Pusat Sumber & Pendidikan Kanser
Universiti Putra Malaysia


JAWATAN KOSONG

Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia berhasrat mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi serta bercita-cita untuk berkhidmat dengan sebuah Universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan dan sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-


Jawatan 1
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27

Klasifikasi Perkhidmatan     :           Pentadbiran dan Sokongan
Jenis Skim Perkhidmatan    :           Pelaksana
Kumpulan Perkhidmatan     :           Pelaksana Berkelayakan SPM / Diploma
Taraf Jawatan                        :           Kontrak / Sementara (Pekerja Sambilan Harian)
Gaji Permulaan                      :          

SYARAT LANTIKAN WAJIB

i.              Warganegara Malaysia.
ii.             Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii.            Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

SYARAT LANTIKAN

      a)    Kelayakan Lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N17)

i.
Kelayakan Masuk
:
Sijil Pelajaran Malaysia
ii.
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota pintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendali komputer)
iii.
Gaji Permulaan (kontrak)
:
N17: P1 RM 983.43
iv.
Pekerja Sambilan Harian (Sementara)
:
RM 54.00 sehari

      b)    Kelayakan Lantikan Setiausaha Pejabat (Gred N27)

i.
Kelayakan Masuk
:
Diploma
ii.
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan.
iii.
Gaji Permulaan
:
N27: P1 RM1,361.14
iv.
Pekerja Sambilan Harian (Sementara)
:
RM 72.00 sehari


atau

i.
Kelayakan Masuk
:
Diploma
ii.
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM.
iii.
Gaji Permulaan
:
N27: P1 RM1,661.95
iv.
Pekerja Sambilan Harian (Sementara)
:
RM 72.00 sehari


RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


PERHATIAN

i.          Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan kepada kelayakan, kemahiran dan pengalaman dalam kerja atau bidang yang berkaitan.

ii.             Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

iii.            Penempatan untuk jawatan di atas adalah di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Calon lantikan mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan di laman web www.reg.upm.edu.my atau (klik sini). Permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser
Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u/p: Encik Azlan bin Ibrahim)


PERATURAN MEMOHON

i.              Semua permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan yang akan memanjangkan permohonan itu berserta dengan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan atau apa-apa laporan yang boleh menunjukkan rekod perkhidmatan terkini.



ii.         Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil-sijil persekolahan dan kokurikulum, serta sekeping gambar berukuran pasport. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu / Ketua Kampung sahaja. (Pengesahan salinan dokumen oleh selain dari senarai yang dinyatakan di atas akan menjejaskan permohonan anda).

PERINGATAN PENTING

i.              Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat yang dinyatakan.

ii.             Borang Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon tidak akan dilayan.

iii.            Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv.         Permohonan yang tidak menerima apa-apa maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 NOVEMBER 2014

No comments:

Post a Comment