Tuesday 4 November 2014

KERJA KOSONG (JURURAWAT)


Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di CaRE. Maklumat tentang kekosongan jawatan tersebut adalah seperti di bawah : 


JAWATAN KOSONG

Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia berhasrat mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi serta bercita-cita untuk berkhidmat dengan sebuah Universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan dan sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-


Jawatan
JURURAWAT GRED U29 / GRED U41


 Kumpulan  Perkhidmatan    :           Pengurusan dan Profesional / Pelaksana 
                                                                  (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Taraf Jawatan                        :           Kontrak / Sementara (Pekerja Sambilan Harian)

      Syarat Lantikan                     :

i.              Warganegara Malaysia.
ii.             Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Lantikan Ke Gred U29

iii.            Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Kontrak: Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59
Pekerja Sambilan Harian: RM 72.00 sehari

Kelayakan Lantikan Jururawat Gred U41

iv.           Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Kontrak: Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,259.08
Pekerja Sambilan Harian: RM 100.00 sehari


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

          Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran           Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Ringkasan Tugas

              i.      Memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada pesakit kanser.
         ii.   Memberikan maklumat berkaitan penyakit kanser kepada pesakit kanser, keluarga, rakan dan masyarakat melalui sistem telefon.
             iii.     Menjawab persoalan mengenai kanser melalui talian bebas tol iaitu KanHelp Line.
            iv.     Memberi keterangan terhadap keperluan maklumat kepada pesakit dan pelawat.
             v.    Membantu dalam sesi seminar sokongan dan latihan oleh sukarelawan CaRE
     vi.  Memberi nasihat dan cadangan berhubung pembangunan, pelaksanaan dan penilaian tentang maklumat kanser.
             vii.    Mengatur ceramah pendidikan bagi pendidikan kesihatan, pertolongan cemas dan sebagainya.

PERHATIAN

i.         Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan kepada kelayakan, kemahiran dan pengalaman dalam kerja atau bidang yang berkaitan.

ii.       Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

iii.   Penempatan untuk jawatan di atas adalah di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Calon lantikan mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan seperti di bawah. Permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser
Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u/p: Encik Azlan bin Ibrahim)


PERATURAN MEMOHON

i.   Semua permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan yang akan memanjangkan permohonan itu berserta dengan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan atau apa-apa laporan yang boleh menunjukkan rekod perkhidmatan terkini.

ii.        Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil-sijil persekolahan dan kokurikulum, serta sekeping gambar berukuran pasport. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu / Ketua Kampung sahaja. (Pengesahan salinan dokumen oleh selain dari senarai yang dinyatakan di atas akan menjejaskan permohonan anda).

PERINGATAN PENTING

i.  Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat yang dinyatakan.

ii.   Borang Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon tidak akan dilayan.

iii.     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv.    Permohonan yang tidak menerima apa-apa maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN14 November 2014

Borang Jururawat Gred U29

Borang Jururawat Gred U41


*****sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi 03-89471011***** 



No comments:

Post a Comment