Wednesday 26 November 2014

TERAPI SENI LUKISAN (SESI 3)

Bertempat di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), telah diadakan Terapi Seni Sesi 3 dimana pada kali ini peserta diajar melukis berdasarkan objek yang nyata (bukan gambar). Peserta diminta untuk melukis gambar buah-buahan yang telah disusun di dalam bakul dan diletakkan di atas meja. Seramai 10 orang peserta telah mengikuti program ini dan berjaya menghasilkan gambar yang kreatif dan unik. Selain daripada mewujudkan rasa gembira kepada para peserta, program ini juga menjadi medan untuk para peserta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, diharap agar program ini dapat terus dijalankan lagi di masa hadapan dan akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada orang ramai. 

En Afiz Fahmy sedang membantu peserta memperbaiki lukisan


Bakat-bakat terpendam


Bergambar bersama hasil lukisan masing-masing


No comments:

Post a Comment